Monday, 23 July 2018

Teh Ais @ Grafa



Ya, TEHAISSEDAP kembali lagi...Kali ni saya test power teh ais di sebuah restoran yang agak hip bernama "Grafa" di No. 6 Lorong Universiti B 46350 Petaling Jaya.

Pada mulanya saya agak skeptikal dengan saranan rakan-rakan sebab biasanya mana ada cafe atau restoran hipster yang jual teh ais sedap ni. Namun diatas saranan keras rakan-rakan saya pun pegi la try.

Hasilnya, memang padu terok ah! Gelas pun besar gabak! Solid tekstur juga airnya...tidak ceroi langsung. Sesuai untuk dinikmati kalau anda nak lepak sejam dua kat situ. Plus, makanan pun not bad gak.

Tahniah Grafa!

Harga segelas: RM3.50
Review ikhlas saya: 9.3/10